<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Apr 27, 2006
Tiada perkara statik

HARIAN METRO
Tiada perkara statik
Rudy Imran Shamsudin

ANUGERAH Industri Muzik (AIM) ke-13 yang bakal berlangsung Sabtu ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) boleh dianggap paling panas pernah dianjurkan Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM).
Kontroversi yang timbul menyebabkan ada pihak menganggap AIM ke-13 hilang serinya. Semangat AIM juga agak suram apabila kebanyakan penggiat memandang sepi penganugerahan yang suatu ketika dulu ditunggu-tunggu.
Wartawan Harian Metro, Rudy Imran Shamsudin, berkesempatan bertemu dengan Pengerusi PAIMM, Aziz Bakar bagi mendapatkan penjelasan terakhir dengan harapan segala isu ditimbulkan tidak dijadikan penyebab untuk mereka membelakangkan majlis penganugerahan paling prestij itu.
Soalan (S): AIM13 penuh kontroversi, selaku pengerusi penganjuran adakah anda tertekan?
Jawapan (J): Saya terima apa saja berlaku secara rasional. Cuma menghairankan saya kenapa ia timbul sesudah usia AIM masuk tahun ke-13? Pada saya ia bukan kontroversi sebaliknya hanya isu kecil tetapi diberi publisiti meluas.
Waktu tahun pertama hingga ke lima perjalanan AIM amat bagus tetapi masuk tahun keenam sesuatu berlaku. Begitu juga dengan industri muzik itu sendiri pada awalnya semua berjalan lancar tetapi tiba-tiba timbul masalah cetak rompak, diikuti isu muzik black metal dan ledakan artis luar dalam industri rakaman sehingga mereka menjadi lebih popular dan besar daripada artis tempatan. Perkara ini juga memang dijangka akan berlaku.
Sebagai orang dalam industri kita harus mengambilnya sebagai proses matang dan perubahan yang harus berlaku. Tiada perkara yang statik. Saya mengharapkan isu dibangkitkan dan disuarakan tidak memecah-belahkan kesatuan dalam industri ini. Sebagai contoh hubungan artis dengan artis, syarikat rakaman dengan persatuan, pihak media dengan persatuan dan semua yang terbabit dalam industri ini, tetap mesra dan baik.
Kita boleh debat apa saja isu untuk kebaikan industri. Kalau ia masalah kita bincangkan dan andai cadangan diberikan baik kita akan guna pakai, kecuali isu yang ditimbulkan orang yang tidak faham kita akan berusaha untuk fahamkan mereka dengan harapan ia boleh meredakan keadaan.
Tetapi manusia punya prejudis sendiri. Kita punya emosi dan akan menyebelahi sesetengah pihak yang punya kaitan atau hubungan atau perasaan simpati terhadap orang yang disokong itu. Pada saya selagi PAIMM boleh memuaskan hati pihak majoriti, kami tidak akan risau dengan minoriti.
S: Apabila tahun ini timbul pelbagai kontroversi `banyak' pihak hilang keyakinan terhadap PAIMM?
J: Saya hendak perbetulkan kenyataan siapa di kalangan yang 'banyak' itu? PAIMM, mewakili penggiat industri muzik dan penubuhannya ada objektif. Apa objektif PAIMM dalam AIM? Objektif kita adalah untuk memilih karya seni terbaik setiap tahun. Bagi membolehkan kita mencapai objektif itu, kita mempunyai proses dan kita melaluinya sepanjang 12 tahun lamanya. Dalam tempoh itu pelbagai keputusan dibuat yang pada saya ia adalah keputusan majoriti.
Kalau benar ia berlaku, saya rasa ia hanya membabitkan segelintir pihak. Lagipun majoriti dalam PAIMM ini adalah ahli Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM). Semua syarikat rakaman menjadi ahli RIM. Untuk menyertai AIM mereka harus menjadi ahli RIM terlebih dulu. Ahli RIM setahu saya semuanya menyokong AIM.
Mereka ini terdiri daripada penulis lagu dan lirik, penyanyi, pemuzik, artis berkumpulan dan mereka yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam industri muzik tempatan. Hanya minoriti saja tidak bersetuju dan saya sendiri tidak bimbang dengan perkembangan itu.
Setiap tahun memang ada pihak yang tidak puas hati dengan keputusan dibuat. Berbeza tahun ini perasaan tidak puas hati itu turut disiarkan pihak media dan orang luar mula memikirkan akan hal itu selepas membacanya. Dalam hal ini kita tidak ada hakim yang boleh memutuskan kenyataan ramai orang tidak bersetuju dengan PIAMM adalah benar.
Bagaimana anda mengukur kenyataan itu sedangkan kami tidak menerima aduan daripada syarikat rakaman kecuali syarikat pengurusan artis Meastro. Andai anda merasakan Meastro adalah majoriti, bermakna saya silap?
S: Mengapa tahun ini Meastro dan PAIMM agak `panas' ? Apa yang tidak kena ?
J: Saya fikir segalanya berpunca daripada isu album Mawi. Saya sendiri cuba menerangkan kepada mereka kenapa perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu. Kita sudah menetapkan syarat kepada semua yang mahu karya mereka dipertandingkan. Pihak Meastro mencalonkan dua album Mawi iaitu Mawi World dan Yang Tercinta. Album Mawi World tiada masalah tetapi Yang Tercinta ada. Masalahnya album itu hanya ada lapan lagu dan durasinya kurang daripada 40 minit yang mana syarat awal menetapkan satu album penyanyi harus ada 10 lagu atau lebih 40 minit.
Bagaimanapun ia tidak bermakna album itu tidak boleh dipertandingkan langsung. Ada kategori boleh dipertandingkan tetapi tidak kategori utama seperti Album Terbaik. Maestro tidak gembira dengan syarat itu dan membuat bantahan. Mereka cuba mempersoalkan apa beza lapan berbanding 10 lagu?
Jawapan balas saya, sebelum menghantar pencalonan mereka sepatutnya sudah tahu syarat yang ditetapkan. Apa juga pertandingan kita sertai perkara pertama yang akan diteliti terlebih dulu adalah syarat-syaratnya. Ia perlu dibaca dan dipenuhi jika tidak penyertaan akan ditolak. Mereka tahu mengenai perkara ini. Selepas menghantar penyertaan dan tidak diterima dalam beberapa kategori utama barulah pihak Meastro melompat dan menggelabah.
Mereka mula tidak senang dan bagi PAIMM pula tidak mungkin akan mengubah syarat semata-mata mahu memuaskan hati mereka nanti yang terjejas adalah kredibiliti kami yang dilihat tidak profesional. Andai saya ubah syarat dalam keadaan pertandingan sedang dilangsungkan orang tidak lagi menghormati kami kemudian hari dan dalam hal ini saya harus bertegas.
S: Khabarnya isu berlaku ada kaitan dengan masalah peribadi antara Aziz dan Freddie Fernandez (Ketua Pegawai Operasi Pengurusan Meastro)? J: Dalam hal ini, ingin saya tegaskan walaupun saya mempunyai masalah peribadi ia tidak mungkin mempengaruhi keputusan dibuat PAIMM. Setiap tindakan diambil berdasarkan pada suara ramai yang menganggotai pertubuhan ini.
Bayangkan jika saya membuat satu-satu keputusan berdasarkan penilaian peribadi, anda fikir pertubuhan industri muzik tempatan akan berdiam diri. RIM tidak akan membiarkan ia berlaku. Malah pegawai di beberapa syarikat rakaman di Malaysia tidak goyang kaki melihat ia berlaku. Orang lama dalam industri muzik tempatan seperti Pengarah Urusan Suria Records, Tan Sue Loke atau pengerusi RIM sendiri Sandy Montearo tentunya akan melakukan sesuatu bagi memastikan kredibiliti pertubuhan yang menganjurkan AIM ini tidak terjejas.
S: Perkara utama dipertikaikan apabila beberapa artis Singapura seperti Ahli Fiqir, Anita Sarawak dan Zoul dibenarkan bertanding. Bukankah AIM seharusnya mengangkat bakat dan karya anak tempatan?
J: Ada syarat sebenarnya membolehkan mereka ini bertanding dalam AIM, dan ia sudah dilakukan tiga tahun lalu. Syaratnya mereka yang bertanding harus bernaung di bawah syarikat rakaman tempatan dan proses pembikinan album harus menggunakan tenaga kerja Malaysia sepenuhnya. Kita melihat fenomena kemasukan artis seberang dalam industri muzik tempatan dengan konteks lebih luas. Pertamanya dengan pembabitan artis luar ini dalam industri muzik tempatan membolehkan artis kita bersaing sekali gus menghasilkan muzik yang tinggi mutunya.
Apabila artis luar ini datang ke sini untuk berkarya mereka turut menggunakan tenaga kerja muzik tempatan. Lalu secara tidak langsung ia membantu kelangsungan hidup penggiat muzik ini untuk terus aktif walaupun keadaan ekonomi kurang memberangsangkan. Paling penting kita melihat dengan adanya penyertaan penyanyi, pihak media mahupun peminat muzik di negara luar itu sendiri akan memandang industri muzik kita. Pendedahan itu akan mewujudkan permintaan dan apabila ia berlaku mudah untuk penyanyi Malaysia melangkah lebih jauh.
S: Bagaimana dengan pencalonan album Anita Sarawak Another Dimension yang dikatakan tidak memenuhi syarat apabila diedarkan selepas tarikh tutup pertandingan?
J: Saya kurang pasti mengenai perkara itu. Saya tidak boleh komen kecuali selepas saya meneliti mengenainya. Bagaimanapun ia tidak akan melanggar syarat penyertaan kerana pihak syarikat rakaman boleh mengeluarkan terlebih dulu 30 keping cakera padat untuk diletakkan di kedai kaset walaupun sehari sebelum tarikh tutup hanya semata-mata untuk memenuhi kehendak syarat penyertaan. Harus diingatkan tarikh pelancaran dan pengedaran sesebuah album adalah berbeza.
S: Kebanyakan artis baru kecewa dengan penyertaan artis luar, sedangkan AIM mempunyai ruang untuk mereka mencipta nama ?
J: Kita cuma melihat persembahan artis luar seperti Indonesia dalam AIM. Slot untuk mereka hanya satu. Persaingan daripada artis Singapura pula jarang berlaku. Ada tahun seorang saja yang bertanding dan tahun kemudian dua orang, kecuali tahun ini ditakdirkan ada lebih sikit, mahu atau tidak kita harus terima.
Kalau hendak cerita mengenai AIM ia adalah yang terakhir dianjurkan kerana sebelum itu kita ada pelbagai lagi majlis penganugerahan seperti Juara Lagu, Anugerah Planet Muzik, Anugerah Seri Angkasa dan beberapa anugerah lagi. Dalam majlis yang dianjurkan itu kita lihat ada enam atau tujuh slot persembahan. Bayangkan tujuh slot itu kita kalikan dengan 6 majlis penganugerahan bermakna artis tempatan mempunyai 42 ruang untuk menonjolkan diri mereka. Apabila slot banyak kita nampak hanya artis sama mengadakan persembahan di semua majlis terbabit.
Mengapa ia tidak dijadikan isu pula? Mereka tampilkan juga artis Singapura dan seorang dua penyanyi luar, ia tidak pula dijadikan isu.
Saya fikir kita perlu membuka sedikit ruang kepada mereka (artis luar) dan ia tidak bermakna kita tidak memberi ruang kepada artis sendiri. Saya berfikir sebaliknya. Kalau kita tidak buka peluang kepada mereka, mereka akan membalas kembali dengan pertubuhan muzik Indonesia mahupun Singapura turut mengamalkan dasar tutup pintu terhadap penyanyi mahupun pemuzik Malaysia. Pihak media mereka akan menjadikan perkara ini satu isu dan apabila tindakan diambil kita juga yang rugi kerana di Indonesia pasarannya luas.
Singapura pula pertukaran mata wang hasil pembelian cakera padat atau kaset masih membawa keuntungan. Pada saya kita harus beri ruang kepada mereka untuk mengadakan persembahan. Kita harus ada 'win-win situation'. Kalau kita terlalu mengekang mereka juga akan bersikap sama.
S: Ada penyanyi dirasakan bagus tetapi tidak tercalon dalam lima yang terbaik, mengapa ini berlaku ?
J: Pada pusingan pertama pencalonan dan pemilihan dilakukan kira-kira 600 ahli PAIMM. Mereka diberikan satu sampul surat mengandungi borang penilaian markah dan cakera padat penyanyi bertanding. Sesudah itu setiap markah dikira oleh juruaudit bertauliah. Pencalonan penyanyi terbabit akan disaring sekali lagi untuk penjurian pusingan kedua yang dibuat kira-kira 120 juri profesional. Ia dilakukan selama satu hari di hotel di mana kita himpunkan mereka dan bahagikan mengikut kategori bagi memilih lima terbaik.
Juruaudit turut berada di situ dan mereka tidak akan membenarkan perkara luar biasa berlaku. Sepanjang sistem penjurian ini 30 peratus datang dari 600 anggota PAIMM dan 70 peratus datang dari juri yang dipilih. Proses akhir kedua-dua markah ini akan disatukan dan dikira. PAIMM tidak terbabit langsung dan kemudian kita akan memperoleh lima calon akhir. Proses ini sudah kita lakukan lebih 10 tahun, sepanjang tempoh itu ia berfungsi dengan baik tetapi mengapa masuk tahun ke-13 kita kata ia tidak lagi berfungsi. Saya tahu ada minoriti kata ia tidak adil, tidak baik dan tidak bagus. Apa yang saya ataupun PAIMM boleh buat tiada siapa boleh mempengaruhi sistem digunakan kecuali sistem itu salah. Hendak kata tidak betul, pihak juruaudit sendiri berdiri di atas podium dan menjadi saksi kepada pemarkahan yang dibuat. Kita tidak boleh buat sebarang perubahan dan kalau kita buat begitu anda fikir orang lain akan berdiam diri.
S: Bagaimana pandangan anda apabila Meastro mengambil tindakan memboikot AIM13?
J: Sebelum itu ingin saya beritahu sistem penjurian pencalonan album dipertandingkan mengikut model seperti dilakukan Grammy Awards di Amerika Syarikat.
Mengenai perkara itu saya anggap ia adalah biasa, di Brit Awards, England ada penyanyi yang dicalonkan enggan hadir di majlis yang diadakan untuk meraikan mereka. Tidak kurang ada yang enggan menerima anugerah diberikan.
Cuma dalam hal ini saya kasihankan penyanyi yang bernaung dibawah syarikat pengurusan Meastro. Acara ini diadakan untuk mereka, bukan untuk kami. Berilah peluang untuk mereka hadir di majlis penganugerahan yang dianggap bersejarah bagi penggiat muzik tanah air. Mereka masih muda dan pendedahan seperti ini baik untuk mereka untuk mematangkan sekali gus menghargai industri mereka sendiri.
S: Selaku pengerusi PIAMM berhadapan dengan pelbagai kemelut apa yang anda harapkan pada malam AIM13 nanti?
J: Jika ada pun perkara yang kami terlepas pandang, ia boleh diperbaiki untuk tahun akan datang. Apa yang dilakukan oleh PAIMM dan RIM adalah untuk kebaikan penggiat industri muzik itu sendiri.
Sebagai badan dipertanggungjawabkan bagi mengangkat industri muzik kita, saya dan beberapa rakan lain berusaha melakukan yang terbaik. Apa pun pada malam AIM 13 itu nanti, diharapkan segala keputusan, terimalah secara rasional.
Jika ada perkara kurang memuaskan hati ia boleh dibangkitkan dan dibincangkan dalam mesyuarat agung akan datang.


Posted at 12:54 am by aimless
Make a comment  

Apr 26, 2006
Maestro nafi halang artis hadiri AIM13

BERITA HARIAN
Maestro nafi halang artis hadiri AIM13
Nurulhisham Abdul Latiff

MAESTRO tidak pernah menghalang artis di bawah naungannya daripada menghadiri malam kemuncak Anugerah Industri Muzik (AIM) 2006 yang bakal berlangsung pada 29 April ini, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.
Malah, pihak berkenaan menggalakkan artis mereka, terutama yang dicalonkan pada anugerah kali ini untuk menghadirinya.
Ketua Pegawai Operasi Maestro Talent & Management Sdn Bhd, Freddie Fernandez, berkata mereka tidak pernah menghalang sesiapa untuk menghadiri malam AIM edisi ke-13 berkenaan, malah menurutnya, mereka sudah pun menerangkan perkara itu kepada artis yang terbabit.
"Justeru, saya tidak faham mengapa tiba-tiba Amylea boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian," katanya merujuk kepada berita muka depan Hip baru-baru ini, mengenai kekecewaan penyanyi dari Langkawi itu yang khabarnya dihalang pihak pengurusannya daripada menghadiri majlis penganugerahan berkenaan.
Sebelum ini, beberapa gosip mengenai Maestro ingin memboikot acara berkenaan pernah disiarkan beberapa akhbar tempatan.
Gosip terbabit semakin nyata apabila penyanyi yang turut dicalonkan dalam kategori Artis Harapan itu meluahkan kekecewaan apabila dia khabarnya tidak dibenarkan menghadiri AIM13.
Daripada sumber terdekat, Hip turut mendengar cerita kebanyakan artis Maestro yang dicalonkan pada AIM13 sememangnya teringin untuk hadir sama bagi memberikan sokongan kepada acara yang menghargai pemuzik dan penyanyi itu.
Tetapi, setiap kali mereka bercerita mengenai kehadiran di AIM, mereka tidak diberikan petanda boleh menghadirinya.
Kata Freddie kakitangan syarikat terbabit juga akan menghadiri majlis berkenaan untuk menemani artis mereka yang ingin turut sama memeriahkan serta memberikan sokongan kepada AIM13.
"Cuma Mawi yang tidak dapat menghadiri AIM kali ini berikutan pertindihan jadual.
Dia mempunyai sebuah majlis membabitkan Mawi FC di Batu Pahat, Johor, pada malam berkenaan.
"Apa yang pasti, kami tidak mahu mengambil bahagian dalam acara persembahan kerana tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan yang dibuat pihak berkenaan," kata Freddie ketika menghubungi Hip, Sabtu lalu.
Katanya, Maestro sudah tentulah menyokong AIM, namun mereka tidak berpuas hati dengan beberapa perkara membabitkan syarat dan keputusan pencalonan
Tambah Freddie, dia juga berharap AIM akan mengikuti arus perkembangan semasa, termasuk memberikan penilaian semula terhadap album yang memuatkan lapan lagu.
Album sedemikian, katanya, sudah menjadi trend terkini dan diterima ramai.
Syarikat berkenaan mengeluarkan album yang hanya memuatkan lapan lagu bagi artis mereka, termasuk album Yang Tercinta (Mawi), yang menjadi titik tolak kepada perdebatan mengenai pertikaian kelayakan album lapan lagu dalam pencalonan AIM.
Album terbabit hanya memuatkan lapan lagu, sesuai dengan penurunan harga album yang dijual mereka, katanya.
"Album lapan lagu pun album juga. Malah, kalau enam lagu pun, ia tetap sebuah album. AIM kena ikut arus perkembangan. Sayangnya, perkara ini tidak berlaku. Kerana itulah kami tidak mahu mengambil bahagian dalam acara persembahan kerana tidak puas hati dengan perkara terbabit.
"Kami berharap sangat perkara yang tidak begitu betul ini diperbetulkan pada masa depan. Kami juga adalah ahli Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), jadi kami tetap akan memberikan penjelasan mengenai apa-apa kelemahan yang wujud," tegasnya sambil mengharapkan keputusan yang dikeluarkan RIM pada masa depan lebih menjurus kepada memberikan manfaat kepada anggota mereka yang tidak henti-henti melabur.


Posted at 07:10 am by aimless
Make a comment  

Apr 10, 2006
Penganjur AIM13 tak peduli kontroversi

BERITA HARIAN
Penganjur AIM13 tak peduli kontroversi
Zul Husni Abdul

PENGANJURAN Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-13 terus dicabar. Selepas timbul rungutan yang tidak berpuas hati dengan pencalonan album Inggeris Anita Sarawak, Another Dimension dan artis Singapura, Ahli Fiqir, menjengah pula kontroversi baru.
Bara kehangatan AIM13 makin menyala apabila artis Maestro Records didakwa memboikot acara muzik berprestij itu. Dakwaan timbul apabila tiada seorang pun artis daripada syarikat rakaman itu dipilih membuat persembahan pada malam AIM13 walaupun menerima beberapa pencalonan pada acara itu.
Tanggapan itu semakin kukuh kerana sudah menjadi rutin AIM, artis yang menerima pencalonan terutama dalam kategori Artis Harapan Terbaik akan terpilih membuat persembahan. Bagaimanapun, untuk AIM13 hanya Redzuan yang tersenarai.
Nama artis Maestro Records seperti Marsha, Amylea, Felix yang turut bertanding dalam kategori itu, bagaimanapun tercicir. Malah, Mawi yang tercalon dalam kategori Lagu Terbaik menerusi Aduh Saliha juga tersingkir daripada senarai artis yang membuat persembahan.
Pengerusi Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (Akademi), Aziz Bakar hanya memberi jawapan ringkas apabila persoalan mengenainya diajukan pada sidang media AIM13, baru-baru ini.
"Soalan itu sesuai untuk mereka (Maestro Records) yang menjawabnya," katanya pada sidang media selepas pengumuman senarai persembahan artis dan penyampai yang bakal menyerikan AIM13.
Bagaimanapun, untuk meleraikan keraguan, Pengurus Besar Akademi, Jennifer Thompson itu menjelaskan, sehingga ini mereka tidak menerima sebarang hitam putih mengatakan syarikat rakaman terbabit memboikot AIM13.
"Memang Akademi ada menyenaraikan beberapa nama artis dalam senarai persembahan, tetapi mereka tidak dapat memenuhinya kerana sibuk. Kami tidak tahu mengenai hal itu, mungkin ada cerita di sebaliknya," katanya. AIM13 yang akan berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 29 April ini menampilkan persembahan daripada Adibah Noor, Ahli Fiqir, Akbar, Brothers, Dayang Nurfaizah dan Dina.
Turut terpilih Elyana, Jaclyn Victor, Jamal Abdillah, Jason Lo, M Nasir, Ridzuan, Shanon, Sharifah Zarina, VE, Waheeda dan Zoul. Persembahan artis diiringi kumpulan pemuzik profesional di bawah pimpinan, Aubrey Suwito.
Sementara itu, sebuah segmen khas yang masih dirahsiakan akan dipersembahkan di bawah pimpinan, Ramli MS.
"AIM13 cuba menonjolkan artis daripada setiap genre yang dipertandingkan. Malah, ia juga menjadi platform kepada artis terbabit untuk memperkenalkan bakat mereka kepada peminat muzik," kata Aziz. Sementara itu, Ajai, Amy Mastura, Ety Farhana, Farah Fauzana, Jatt, Juliana Banos, Khadeeja, Nash, Ning Baizura, Nurul, Rina Omar, Sarimah Ibrahim, Sarah dan Siti Nurhaliza terpilih sebagai penyampai anugerah. AIM13 tetap dinanti ramai
Walaupun diselubungi kontroversi, AIM13 tetap menjadi acara hiburan yang dinanti. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola AIM13, Rosmin Hashim berkata, sambutan yang diterima daripada peminat muzik cukup memberangsangkan.
Berdasarkan pesanan yang diterima untuk tiket menyaksikan acara malam itu, Rosmin yakin AIM13 akan terus menjana industri muzik dengan kepelbagaian genre yang diketengahkan kepada umum.
"Oleh kerana tempat duduk awam terhad kepada 500 tetamu, peminat dinasihatkan mendapat tiket pada harga RM50 secepat mungkin. Tiket boleh didapati di pejabat Akademi dengan menghubungi 03-40445388," katanya.
Bagaimanapun, tiket percuma juga di tawarkan menerusi peraduan yang berlangsung di stesen radio Hot FM dan Fly FM.
Kembali merancakkan promosi AIM13, sebuah album kompilasi istimewa yang menghimpunkan calon Top 5 diterbitkan. Ia akan mula berada di pasaran pada 18 April ini di bawah edaran Warner Music.
Antara lagu yang disenaraikan termasuk Gadis Melayu (Jamal Abdillah), Ku Seru (Misha Omar), Aduh Saliha (Mawi), Kasih (Dayang Nurfaizah), Da Bomb (Ruffedge), Kata (Hazami) dan Langit Ke-7 (Sharifah Zarina). INFO Konsert Prelude Kemuncak AIM13 LOKASI: Hard Rock Cafe TARIKH: 14 April 2006 JAM: 8.30 malam ARTIS: Sheila Majid, Slam dan Camelia TARIKH: 21 April 2006 JAM: 8.30 malam ARTIS: Ning Baizura, Dayang Nurfaizah dan Nurul & Ajai Acara kemuncak AIM13 LOKASI: Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur TARIKH: 29 April 2006 JAM: 8.30 malam ARTIS: Adibah Noor, Ahli Fiqir, Akbar, Brothers, Dayang Nurfaizah, Dina, Elyana, Jaclyn Victor, Jamal Abdillah, Jason Lo, M Nasir, Ridzuan, Shanon, Sharifah Zarina, VE, Waheeda, Zoul dan Aubrey Suwito


Posted at 12:44 pm by aimless
Make a comment  

An AIM-less act?

THE MALAY MAIL
An AIM-less act?
Joe Lee

FORGET addressing issues this time around. The upcoming 13th edition of Anugerah Industri Muzik is going to attempt to drive home the point that it's no longer interested in anything, except its prestige as the only show celebrating the excellence of the local music industry's workforce.
Yes, cast aside past flirtations with long time industry problems. Don't expect any respect due to sensitivities raised, or the hassle of dealing with contemporary concerns like the increasing abuse of of digital music. Controversy is simply just too tedious to deal with.
The tag of credibility however, is a must!
In true expected AIM fashion, even minor details like dressing up for the occasion which led to much fun at watching the fashion successes and failures on the red-carpet, has been done away with.
For the AIM this time around is a strict black-tie affair. Can they be any more creative?
Are some members of the organising committee may be just trying to get as much mileage as possible out of their investment in a tux?
Already the colour of the occasion has been drained with the recent controversies surrounding the AIM (take your pick from of non-Malaysians contending, the question of eligibility of some of the nominees, missing names, regulation loopholes. etc.)
Now those attending, or tuning in (unless you're listening to the live broadcast on radio), will be feted with bland, monochromatic fare as far as fashion is concerned. The action onstage could go the same way.
If the recent Press conference to announce the performers and awards presenters was anything to go by, the lack of excitement over the 'lucky' selected few will highlight more truths about the industry than we care bother ourselves with.
The common arguments of criteria set by the Akademi in the selection is getting tired.
One favourite qualifier that's often whipped out, is that the AIM doesn't do repeats.
Hence, performers are chosen from those who have yet to be given the chance to showcase their talent onstage over the past year.
The likes of Jaclyn Victor, V.E., Ahli Fiqir, Sharifah Zarina and even M. Nasir have been among the most showcased acts that have grabbed a spot in other shows over the past few months but please take note they're somehow excluded from that ruling.
Oh, don't bother browsing through the list of those who were onstage for the recent instalments of Anugerah ERA, Anugerah Juara Lagu TV3, Anugerah Bintang Popular Berita-Harian, Anugerah Seri Angkasa and even Anugerah Planet Muzik.
No, no, no.
It doesn't matter that the issue of non-Malaysians in contention is a sensitive one that has been widely debated. Let's just put Singaporeans Ahli Fiqir on stage. Ooh.
And let's throw in Zoul for that added irritant to those who are cheesed off with the Akademi for allowing outsiders into the event supposed to acknowledged the best of the MALAYSIAN industry.
Yes, it's common knowledge that Ahli Fiqir are part of the traditional parade of Best New Artiste nominees.
Ignore the fact their nomination, as well as Jac's for that matter (due to the existence of an earlier album) has been much talked about by most in the industry.
And completely turn a blind eye to the fact that Ahli Fiqir's participation has especially come under the microscope with their sweep of Best Singaporean Artiste and Best Singaporean Album for their debut Hari Ini Dalam Sejarah. If they do emerge as the winners of that category, we can have the Singaporeans whooping it up while our local talents will be left wondering who the industry authorities are really celebrating.
Ignore the fact that the parade of nominees was introduced with the intention of showcasing underrated talents, not overexposing already well known artistes.
And Zoul? No answers necessary. Everyone can figure it out for themselves.
Speaking of green acts, just overlook all these supposedly great new talents that actually have an album out and are getting attention for their work.
They're too green. Yes, the other much talked about criteria for being onstage is experience and ability to handle the pressure.
But somehow, allow 16 year-old protege of multi-nominated Boon Tan, Ridzuan, on. Just say he's in because he's a finalist in the Most Promising Artiste Award. Never mind he doesn't really meet the other two criteria or that others in the category aren't on the list.
Remember, as the Akademi, when all else fails, expect an answer along the lines of, 'It's not a steadfast rule.'
Seriously, apart from Adibah Noor, on her maiden outing in AIM as a recording artiste, Dayang Nurfaizah, who hasn't been onstage for the last few years, the evergreen favourite of Jamal Abdillah and one of the better male newcomers, Shanon, the compiled list of performers is perhaps the most unimaginative and utterly mundane of choices ever in the history of the show.
Yes, there definitely will be more nicotine breaks for those at the venue, while those at home, erm... have the luxury of being able to change the channel.
Others completing the list of performers on the big night are Akbar, Brothers, Dina, Elyana, Jason Lo, and Waheeda.
Whoopie!
If that doesn't get your heart pumping, expect Ajai, Amy Mastura, Farah Fauzana, Jatt, Juliana Banos, Nash, Ning Baizura, Nurul, Rina Omar, Sarimah Ibrahim, Siti Sarah and Siti Nurhaliza to appear as presenters.
Now, doesn't that just get your blood racing! You get to hear them speak a couple of lines!
Oh, there are two more presenters, but just ignore the fact that Khadeeja and Etty Farhana are in the list too. Yes, of course, they're popular, and yes, they're making waves in the local music industry now. You... uhm... just probably wouldn't have heard of them.
Somehow, the as the dreaded 13 gets closer, anticipation is not the right word to use in the countdown to the event.
There are many more words - but they bear negative connotations.
The Press has been told repeatedly to remain positive, and refrain from bashing the event. In fact, the authorities are not taking kindly to the criticism at all, which they've chosen to ignore.
After all, judging by the lack of sensitivity to outcry of the media as well as the rest of the local music fraternity, it wouldn't be too far fetched to say that the Akademi is sending the message that it knows best which, what and when to accord appropriate recognition to.
And judging by an e-mail received, yes, we have to stand by the fact that AIM 13 is nothing short of a fiasco.
Even before it's begun.

ONSTAGE FOR AIM 13 PERFORMERS
Adibah Noor
Ahli Fiqir
Akbar
Brothers
Dayang Nurfaizah
Dina
Elyana
Jaclyn Victor
Jamal Abdillah
Jason Lo
M. Nasir
Ridzuan
Shanon
Sharifah Zarina
V.E.
Waheeda
Zoul

PRESENTERS
Ajai
Amy Mastura
Etty Farhana
Farah Fauzana
Jatt
Juliana Banos
Khadeeja
Nash
Ning Baizura
Nurul
Rina Omar
Sarimah Ibrahim
Siti Sarah
Siti Nurhaliza


Posted at 12:24 pm by aimless
Make a comment  

Apr 8, 2006
'Saya Ikut Saja'

HARIAN METRO
'Saya Ikut Saja'
Ellyna Ali

KUALA LUMPUR: "Saya ikut saja apa yang pihak pengurusan kata, sebab saya sendiri tidak begitu arif mengenai hal ini. Jadi, apabila diberitahu saya tidak perlu membuat persembahan pada malam Anugerah Industri Muzik ke-13 (AIM13) nanti, saya okay saja," kata Mawi, 24, kepada Harian Metro.
Mawi berkata demikian sebagai mengulas tindakan pihak pengurusannya, Maestro Talent Management yang didakwa cuba memboikot majlis anjuran Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM) apabila tidak membenarkan seorang pun artis Akademi Fantasia (AF) membuat persembahan atau menyampaikan anugerah pada malam penuh berprestij itu.
Laporan itu disiarkan dalam Bintang Harian Metro semalam, selepas pihak PAIMM mengumumkan senarai artis yang bakal membuat persembahan serta menyampaikan anugerah pada malam itu, pada sidang media terakhir mereka, baru-baru ini.
Bintang paling popular negara ini juga belum begitu pasti sama ada akan menghadiri malam AIM13 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 29 April sekalipun lagu popularnya, Aduh Saliha dicalonkan bagi kategori Lagu Terbaik.
"Sebagaimana yang saya katakan tadi, segala-galanya saya serahkan kepada pihak pengurusan.
"Jika mereka kata saya pergi, saya pergilah. Tapi, jika tidak, maka tidaklah. Tengok sajalah pada jadualnya nanti," katanya.
Sekalipun menyedari beberapa pencalonan kategori dalam AIM13 ini tidak berpihak kepadanya hanya semata-mata kerana albumnya tidak menepati 10 lagu atau tempoh masa 40 minit, Mawi berkata, dia tidak mempunyai pilihan melainkan akur dengan segala keputusan dibuat pihak penganjur AIM13.
"Bukan saya tidak punya wawasan untuk bertanding dalam kategori lain. Tapi kalau album saya sudah tidak dapat dicalonkan dalam beberapa kategori ini, hendak buat macam mana. Anggap sajalah ia bukan rezeki.
"Bukan kita tidak minta pihak PAIMM pertimbangkan semula syarat-syarat yang sudah ditetapkan ini dan membenarkan album studio saya dipertandingkan dalam beberapa kategori lain. Tapi, kalau itu sudah keputusannya, hendak buat macam mana?
"Namun, secara peribadi saya rasa kebanyakan lagu yang dimuatkan dalam album saya ini bagus-bagus juga. Jualannya pun bagus. Memang sayanglah, kalau ia tidak dapat dicalonkan dalam beberapa kategori lain," katanya.


Posted at 12:48 pm by aimless
Make a comment  

No boycott but AF artistes to stay away

THE MALAY MAIL
No boycott but AF artistes to stay away 
Joe Lee

PETALING JAYA: There is no boycott of the 13th Anugerah Industri Muzik by Akademi Fantasia (AF) artistes but they will be conspicuously absent on the big night.
Maestro Talent & Management chief executive officer Freddie Fernandez said they would not go as far as to say it was a boycott as speculated.
"However, yes, I have to say that while the Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia did invite some of our artistes to perform, we feel there is little need to participate."
Fernandez, however, denied that Maestro, the stable for AF artistes, also planned to stay away from future AIMs.
"We are still members of the Recording Industry of Malaysia and we will continue to be part of the development of the local music industry.
"We feel that much of the frustration and anger apparent in the running of this year's AIM is due to the organisation of the event," he added.
"Maestro's products account for at least 50 per cent of the sales of local music titles over the past 12 months.
"Our contributions deserve some respect from the Akademi, whose aim is to alleviate the standards of the local music industry.
"They talk of quality versus popularity. Going by what they say, they would rather focus on products that don't sell but are supposedly better than talents like Mawi, who has single-handedly revived the local music industry."
Fernandez called for more transparency in the judging. "At the moment, the fate and future of our artistes and their supposed credibility are determined by about half-a-dozen individuals sitting in a room which accounts for 70 per cent of the scoring.
"The remaining 30 per cent is made up of Akademi members, including staff of recording labels.
"That means even the office boy is eligible to vote. The label which has the most staff wins," he said.
Fernandez called for a re-evaluation of this year's results. "Even the Press had taken a united stand on questioning the credibility of the awards," he said.
Fernandez was speaking after a Press conference yesterday at Karyawan on the announcement of a seminar for the local music industry, 'Looking Towards A Brighter Future', on April 20 at Putra World Trade Centre.
Singer, composer and producer Ajai echoed Fernandez's calls for transparency of the AIM judging system.
"Most of the problems now could have been avoided had they practised transparency at all levels.
"Still, I am sure they have their reasons, and perhaps, everyone just needs to sit down and talk for the sake of the local music industry."


Posted at 12:25 pm by aimless
Make a comment  

Apr 7, 2006
Mawi, rakan, pulau AIM 13?

HARIAN METRO
Mawi, rakan, pulau AIM 13?
Rudy Imran Shamsudin

RASA tidak puas hati syarikat pengurusan bintang Akademi Fantasia (AF), Meastro Talent & Management Sdn Bhd terhadap Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (Akademi), dilihat berpanjangan dan tiada kesudahannya.
Paling mengejutkan apabila semua bintang AF yang dicalonkan merebut anugerah di Anugerah Industri Muzik Ke-13 (AIM13) memulaukan majlis yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 29 April ini.
Ia jelas apabila tiada seorang pun bintang AF disenaraikan untuk mengadakan persembahan atau menyampaikan anugerah di majlis itu nanti.
Sedangkan tahun ini enam bintang AF yang popular disenaraikan merebut anugerah dalam pelbagai kategori seperti Amylea, Felix dan Marsha untuk Artis Harapan, Adam (Video Muzik Terbaik) manakala Zahid dan Mawi untuk Lagu Terbaik.
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola AIM13, Rosmin Hashim, juga mengatakan pemilihan artis untuk mengadakan persembahan pada malam itu dibuat berdasarkan pencalonan mereka dalam setiap kategori serta dirasakan punya potensi besar untuk mewarnai industri muzik negara.
Persoalannya mengapa tiada seorang pun bintang AF yang dipilih menjayakan persembahan? Lebih-lebih lagi Mawi yang begitu popular sekarang ini serta mencipta sejarah apabila muncul penyanyi paling berjaya dari sudut jualan album tahun ini.
Penerbit AIM13, Jennifer Thomson berkata, pihaknya sudah menghantar surat pelawaan meminta beberapa bintang AF yang dicalonkan dapat hadir sekali gus mengadakan persembahan atau menjadi penyampai anugerah.
"Sayangnya maklum balas yang kami terima mengatakan semua bintang AF yang dicalonkan tidak dapat menghadiri majlis pada malam itu kerana masing-masing mempunyai komitmen.
"Jika benar Meastro cuba boikot malam AIM13, perkara itu di luar bidang kuasa kami," katanya.
Pastinya kenyataan itu menimbulkan persoalan dan boleh diandaikan Maestro cuba memboikot majlis yang dianjurkan Akademi.
Tambahan pula kemelut yang wujud antara Akademi dan Meastro sudah diketahui umum apabila syarikat pengurusan bintang AF itu tidak puas hati apabila album mini yang dihasilkan tidak diterima untuk dipertandingkan dalam anugerah utama.
Tambahan pula AIM dilihat penting bagi semua penggiat muzik tempatan kerana ia mengiktiraf hanya yang terbaik.
Sementara itu Ketua Pegawai Operasi Meastro, Freddie Fernandaz berkata, bintang AF tidak perlu mengambil bahagian tahun ini memandangkan penganjur punya ramai artis lain yang dirasakan mampu membuat persembahan atau menjadi penyampai.
"Orang kata artis kami besar dan bagus tetapi sayang ia tidak dicerminkan dalam pencalonan AIM13, sekali gus membawa maksud artis Meastro tidak penting kepada penganjur.
"Siapa kata kami tidak menyokong AIM? Tidak mengadakan persembahan tidak membawa maksud kami mahu memboikot. Ia sesuatu yang subjektif. Kita sudah menghantar pencalonan sebagai tanda sokongan.
"Namun, apabila pencalonan dihantar tidak diberi perhatian pihak Akademi, buat apa kita hendak menjayakan persembahan pada malam AIM13?," katanya.
Tahun ini Jawatankuasa Pengelola AIM13 membariskan Adibah Noor, Ahli Fiqir, Akbar, Brothers, Dayang Nurfaizah, Dina, Elyana, Jaclyn Victor, Jamal Abdillah, Jason Lo, M.Nasir, Ridzuan, Shanon, Sharifah Zarina, VE, Waheeda dan Zoul untuk segmen persembahan.
Penyampai anugerah pula terdiri daripada Ajai, Amy Mastura, Etty Farhana, Farah Fauzana, Jatt, Juliana Banos, Khadeeja, Nash, Ning Baizura, Nurul, Rina Omar, Sarimah Ibrahim, Siti Sarah dan Siti Nurhaliza.


Posted at 12:52 pm by aimless
Make a comment  

AIM 13 kenapa bintang AF tidak buat persembahan?

UTUSAN MALAYSIA
AIM 13 kenapa bintang AF tidak buat persembahan?
Wanda Idris

MELIHAT pada barisan artis yang akan mengadakan persembahan pada malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-13 (AIM13), 29 April nanti, timbul persoalan mengapa bintang Akademi Fantasia (AF) di bawah naungan Maestro Records tidak tersenarai.
Sedangkan beberapa `bintangnya' turut tercalon dalam beberapa kategori termasuk Lagu Terbaik, Aduh Saliha yang didendangkan oleh juara AF3, Mawi.
Khabarnya, pihak Maestro kurang bersetuju atas beberapa perkara pada penganjuran AIM kali ini sehingga menyebabkan artisnya seperti Mawi yang merupakan satu fenomena di negara ini tidak dijemput untuk mengadakan persembahan oleh penganjur.
Sejauh mana kebenaran berita itu?
Pengurus Besar AIM, Jennifer Thompson menjelaskan:
"Kami ada menjemput artis mereka untuk mengadakan persembahan tetapi mereka sibuk dengan jadual dan aktiviti masing-masing.
"Selain daripada perkara itu saya tidak boleh menjawabnya kerana saya tidak tahu. Malah saya juga tidak pernah mendengar cerita tersebut."
Sementara itu Pengerusi Ahli Jawatankuasa Pengelola AIM13, Rosmin Hashim pada sidang akhbar Pengumuman Artis-Artis Penyampai dan Persembahan AIM13 memberitahu, seramai 17 artis akan terlibat pada persembahan kali ini.
Artis-artis tersebut ialah M. Nasir, Jamal Abdillah, Jaclyn Victor, Adibah Noor, Dayang Nurfaizah, Dina, Elyana, Jason Lo, Waheeda, Sharifah Zarina, Ahli Fikir, Akhbar dan Kumpulan Brothers, kumpulan VE serta pendatang baru seperti Ridzuan, Shanon dan Zoul.
Setiap persembahan pada malam itu kata Rosmin, akan diiringi kumpulan pemuzik profesional di bawah pimpinan pengarah muzik, Aubrey Suwito.
"Malah kita akan menyajikan satu segmen khas yang dipersembahkan di bawah pimpinan Ramli MS. Apa dia? Kena tunggu pada malam itu," katanya.
Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM), Aziz Bakar.
Pada majlis itu juga Rosmin mengumumkan senarai penyampai anugerah dan artis yang terlibat ialah Ajai dan Nurul, Amy Mastura, Etty Farhana, Farah Fauzana, Jatt, Jualiana Banos, Khadeeja, Nash, Ning Baizura, Rina Omar, Sarimah Ibrahim, Siti Sarah serta Siti Nurhaliza.
"Afdlin Shauki dan Bob Lokman sekali lagi dipilih menjadi hos pada malam tersebut," jelas Rosmin.
Malam kemuncak AIM13 akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan akan disiarkan secara langsung oleh penaja utama, Celcom menerusi penyiar rasmi, ntv7 dan rangkaian radio rasmi, Hotfm.
Mengenai persembahan artis jemputan dari Indonesia, kata Rosmin, pihaknya masih belum dapat mengesahkan artis terlibat.
"Kita masih menunggu pengesahan tetapi hanya artis yang tercalon sahaja yang akan dipelawa untuk mengadakan persembahan," ujarnya.
Rosmin juga memberitahu, sempena penganjuran AIM kali ini, pihaknya akan memasarkan album kompilasi yang memuatkan 16 lagu hits terbaik dan masa kini calon-calon AIM13.
Antara lagu yang terkandung dalam album edaran Warner Music itu yang akan dipasarkan 18 April ini termasuklah lagu Gadis Melayu nyanyian Jamal Abdillah, Ku Seru (Misha Omar), Aduh Saliha (Mawi), Kasih (Dayang Nurfaizah), Da Bomb (Ruffedge), Kata (Hazami) dan Langit Ke-7 (Sharifah Zarina).
"Saya juga ingin menasihati peminat yang ingin menyaksikan persembahan pada malam itu supaya cepat-cepat menempah tiket sebelum kehabisan.
"Ini kerana tempat duduk penonton awam yang disediakan hanya untuk 500 orang sahaja. Kepada mereka yang ingin mendapatkan tiket yang dijual pada harga RM50 itu, sila hubungi pejabat Akademi di talian 03-40445388.
"Tiket-tiket percuma juga boleh diperolehi dengan menyertai peraduan yang dianjurkan oleh di stesen radio Hotfm dan Flyfm," jelasnya.
Selain itu, kata Rosmin, para peminat berpeluang untuk bermesra dengan barisan artis yang tercalon pada road tour yang kini akan menjelajah ke tiga destinasi terakhirnya iaitu di Kuantan Parade, Pahang pada 8 April ini, The Summit, Bukit Mertajam (15 April) dan Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor (22 April).
Peminat juga berpeluang menyaksikan persembahan artis kegemaran mereka pada Konsert Prelude Kemuncak AIM13 yang berlangsung setiap Jumaat, pukul 8.30 malam sehingga 28 April ini di Hard Rock Cafe.
Antara artis yang bakal mengadakan persembahan pada konsert yang disiarkan secara langsung di ntv7 itu ialah Liza Hanim, Amy Mastura, Syafinaz, Sheila Majid, Slam, Camelia, Ning Baizura, Dayang Nurfaizah serta Nurul dan Ajai.


Posted at 12:26 pm by aimless
Make a comment  

Apr 6, 2006
AIM dipersoal isu album mini

BERITA HARIAN
AIM dipersoal isu album mini
Farihad Shalla Mahmud

USIA 13 tahun penganjuran Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) ternyata masih `dicurigai' pihak tertentu terhadap penganjurnya, Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (Akademi).
Buktinya, pada sidang media AIM 13 barubaru ini, fungsi Akademi yang menjadi penganjur utama anugerah muzik di Malaysia dilihat masih banyak menjadi persoalan berikutan ramai tidak berpuas hati proses pencalonan dan penjurian.
Sebagai sebuah persatuan yang dinaungi mereka yang berpengalaman dalam bidang seni muzik dan suara, adalah menjadi harapan penggiat seni untuk terus bernafas dalam industri yang ada pasang surutnya ini.
Melihat senarai finalis, ia ibarat satu tamparan buat artis tanah air apabila terpaksa bersaing dengan artis negara luar khususnya Singapura. Pencalonan Anita Sarawak dan Ahli Fiqir dalam beberapa kategori umpamanya melahirkan rasa tidak puas hati di kalangan penggiat seni dan pemuzik tempatan.
Pengerusi Akademi, Aziz Bakar menjawab: "Dasar buka pintu seperti itu memang sudah lama diamalkan, malah sejak AIM ke-11 lagi. Bukan mahu menyekat peluang artis tempatan, tetapi untuk menimbulkan persaingan sihat sesama mereka supaya menghasilkan karya berkualiti dan hebat."
Soalan lain, antaranya, jika AIM boleh mewujudkan kategori Album Indonesia Terbaik mengapa kategori yang sama tidak boleh diwujudkan untuk artis Singapura? Dan jika mereka boleh bersikap terbuka dengan artis luar kenapa mereka tidak boleh berkompromi dengan artis tempatan khususnya yang menghasilkan album mini.
Walaupun bukan perkara baru, isu album mini terus dibangkitkan memandangkan album seperti itu semakin membanjiri pasaran sebaik dimulakan oleh artis Akademi Fantasia, sejak dua tahun lalu. Menyekat pencalonan album mini dalam AIM bererti menidakkan keupayaan artis tempatan menunjukkan kreativiti mereka.
"Jangan silap faham. Walaupun album mini tidak dipertandingkan dalam kategori album terbaik, penyanyi, pemuzik untuk album itu masih mempunyai harapan yang cerah untuk menang memandangkan mereka dicalonkan untuk kategori teknikal," tegas Aziz mempertahankan pendirian AIM.
Aziz berkata, Mawi adalah contoh terbaik apabila syarikat rakamannya banyak menghantar pencalonan dalam pelbagai kategori termasuk teknikal.
"Ada dua album yang dicalonkan iaitu Mawi World dan Yang Tercinta. Sama ada lagu itu dicalonkan atau tidak ia di luar kuasa penganjur kerana ia ditentukan juri terpilih," katanya.
Aziz berkata, setiap dua tahun, pihaknya memberi peluang kepada sesiapa saja untuk membangkitkan isu mengenai pencalonan AIM pada mesyuarat agung.
"Bagaimanapun, setiap kali mesyuarat berlangsung, mereka yang mempertikaikan perkara ini tidak pernah tampil ke depan. Jadi, jangan salahkan kami seandainya mereka tidak berpuas hati dengan keputusan dilakukan," katanya
Apa yang pasti, dua penyanyi yang masing-masing mempunyai mutu vokal hebat - Adibah Noor dan Jaclyn Victor kini mampu tersenyum lebar apabila mereka mendahului penyanyi lain dalam setiap pencalonan iaitu tujuh untuk Jaclyn, manakala Adibah mendominasi enam kategori.


Posted at 12:27 pm by aimless
Make a comment  

Mar 26, 2006
AIM jangan dikeruhkan

UTUSAN MALAYSIA
AIM jangan dikeruhkan
Tengku Khalidah Tengku Bidin

TIDAK boleh dipandang sebelah mata. Takkan boleh dilupakan walaupun seketika kontroversi yang berlaku yang pastinya tidak akan menguntungkan mana-mana pihak seperti ini terutamanya kepada golongan anak seni.
Sejarah telah membuktikan bahawa Anugerah Industri Muzik (AIM) ialah satu-satunya penganugerahan yang menghargai karya-karya terbaik artis dan pencipta tempatan.
Lalu kalau dirasakan kontroversi itu boleh menjejaskan nama baik AIM pada masa depan, ia seharusnya tidak dipandang hanya sebelah mata oleh penganjurnya.
Tahun depan biarlah hal yang sepertinya tidak berulang lagi kerana AIM perlu terus berdiri sebagai majlis anugerah yang paling berprestij dan berjenama sendiri.
Antara kontroversi besar mengenai pencalonan dan penjurian AIM kali ini bagaikan tidak boleh diterima dek akal. Meskipun tahun-tahun lalu juga ada membabitkan beberapa kontroversi tetapi kali ini ia menjadi semakin hebat. Ini termasuk penyertaan kumpulan Ahli Fiqir yang berasal dari Singapura turut tercalon dalam pertandingan kali ini.
Umum mengetahui AIM hanya untuk artis-artis tempatan, kecuali yang kategori Album Artis Indonesia Terbaik. Penganjur membuka kategori berkenaan kerana melihat kepada perkembangan semasa industri yang semakin terbuka kepada album artis-artis negara jiran itu.
Bagaimanapun penyertaan Ahli Fiqir yang diletakkan dalam kategori yang membawa persaingan kepada artis kita sendiri menyebabkan banyak pihak kurang berpuasa hati dengan situasi ini.
Isu Ahli Fiqir menghangatkan sidang akhbar AIM terbaru minggu lalu dan seterusnya memaksa Pengerusi AIM Aziz Bakar memberikan jawapan mengenai kewajarannya.
Kata Aziz, peluang diberikan kepada Ahli Fiqir kerana kumpulan berkenaan antara kumpulan yang sudah mula diterima di negara ini.
"Penggiat seni negara kita juga boleh bersaing secara sihat dengan kemunculan artis-artis lain seperti Ahli Fiqir," kata Aziz pada sidang media yang hangat itu.
Memanglah sukar untuk menubuhkan kategori Artis Singapura Terbaik kerana tidak banyak album Singapura masuk ke sini.
Bagaimanapun sekadar cadangan, mungkin pada tahun depan AIM boleh menggabungkan artis dari negara jiran kita dalam satu kategori demi keadilan untuk semua pihak.
Selain itu juga, kredibiliti AIM kali ini juga tergugat dengan pencalonan Jaclyn Victor dalam kategori Artis Baru Terbaik sedangkan artis juara Malaysian Idol pertama ini pernah menghasilkan sebuah album Inggeris beberapa tahun sebelumnya.
Selain itu pemula kepada segala kontroversi AIM ke-13 ialah bila pihak Maestro Talent tidak berpuas hati kerana album artis lelaki popular, Mawi yang tidak dicalonkan untuk semua kategori.
Album berkenaan juga tiada dalam pilihan akhir untuk merebut anugerah Album Pop Terbaik meskipun lagu Aduh Saliha nyanyian Mawi tercalon dalam kategori Lagu Terbaik Tahunan.
Ini juga menjadi persoalan hangat yang tidak dipandang sebelah mata oleh jawatankuasa AIM kali ini. Album sulung Mawi sedari awal lagi telah disahkan tidak boleh dipertandingkan dalam kesemua kategori sebaliknya hanya beberapa kategori yang berkaitan dengan teknikal sahaja dengan alasan tidak menepati syarat berdurasi lebih 40 minit.
Album Mawi yang hanya memuatkan lapan lagu itu hanya kekurangan beberapa minit dibandingkan dengan album artis lain.
Ini mencetuskan persoalan kenapa AIM tidak boleh beralah kepada situasi semasa industri di mana perhatian syarikat rakaman lebih banyak kepada album-album berkonsep mini?
Apakah sebenarnya yang berlaku? Bukankah AIM adalah cermin kepada keadaan semasa industri hiburan di negara kita ini? Meminjam kata-kata Mawi sendiri, "fikir-fikirkanlah."
Bagaimanapun kita pasti segala kontroversi tidak akan mencantas segala kehangatan menjelang AIM ke-13 tidak lama lagi. Tidak kurang semakin banyak yang mencongak, apakah benar Adibah Nor dan Jaclyn Victor bakal memonopoli anugerah kali ini?
Bagaimana dengan Siti Nurhaliza. Cemerlangkah lagi dia dalam kategori Vokal Terbaik Dalam Album (Wanita)? Dalam kategori ini Siti bakal bersaing dengan nama-nama seperti Adibah Nor, Anita Sarawak, Dina dan Jaclyn Victor.
Dan lagu manakah pula yang akan diumumkan sebagai pemenang Lagu Terbaik Tahunan antara Ku Seru, Warkah Buat Laila, Terlalu Istimewa, Aduh Saliha dan Gemilang? Tunggu 29 April.


Posted at 12:27 pm by aimless
Make a comment  

Next Page